Pages

Friday, March 18, 2011

SYURGA ATAU NERAKA??


SYURGA? NERAKA? teringat waktu di sekolah rendah dulu. apabila ustaz atau ustazah bertanyakan tentang sape nak masuk syurga?? 1 kelas mengangkat tangan..bila ditanya sape nak masuk neraka? tidak ada 1 tangan pon yang mengankat..siapa yang nak masuk ke neraka, tempat orang2 yg mungkir pada suruhan Allh S.W.T..even sekarang ni pon jika ditanya soalan yang sama pada orang2 dewasa..mereka pasti akan menjawab ingin masuk syurga..betol tak? aku bukan hamba Allah yang sempurna..aku hamba Allah yang lemah..yang kerdil di sisiNya..

Disini aku nak berkongsi dengan saudara2 islam ku bagaimana kita hendak mengenali ahli syurga dan neraka.. :
1.Riwayat Imam Bukhori

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ
Telah berkata seorang lelaki: Wahai Utusan Allah! Adakah boleh dikenali ahli syurga berbanding ahli neraka ?
Sabda RasuluLLaah : Ya
Katanya lagi (lelaki itu): Maka untuk apakah beramalnya orang-orang yang beramal?
Sabda RasuluLLaah: Setiap orang akan beramal untuk apa yang telah Allah tetapkan untuknya

2.Riwayat Imam Muslim

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعُلِمَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ قِيلَ فَفِيمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

Terjemahan hampir sama dengan riwayat Imam Bukhori diatas

Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan kata seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Orang-orang kafir dan munafiq memang akan ke neraka. Manakala orang-orang Islam yang melakukan @ cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bekal menjadi ahli syurga.

Manakala mereka yang melakukan maksiat @ cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka bagi membalas segala dosa mereka. Mereka sudah tentulah pencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa. Mereka barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe’elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.

Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat / keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sudah tentu laku perbuatan bakal ahli syurga dan neraka dapat dikenali, dicam dan dibezakan semasa hidup di dunia ini lagi. WalLahu a’lam bissowaab.


NAMA-NAMA SYURGA DAN TINGKATANNYA :

1.Firdaus

2.Syurga ‘Adn

3.Syurga Na’iim

4.Syurga Na’wa

5.Syurga Darussalaam

6.Daarul Muaqaamah

7.Al-Muqqamul Amin

8.Syurga Khuldi

NAMA-NAMA NERAKA DAN TINGKATANNYA :
1.Neraka Jahannam

2.Neraka Jahiim

3.Neraka Hawiyah

4.Neraka Wail

5.Neraka Sa’iir

6.Neraka Ladhaa

7.Neraka Saqar

8.Neraka Hutomah


YA ALLAH YA TUHANKU..KAU MASUKKANLAH AKU KE SYURGAMU..
YA ALLAH YA TUHANKU..KAU MASUKKANLAH AKU KE SYURGAMU..
YA ALLAH YA TUHANKU..KAU MASUKKANLAH AKU KE SYURGAMU..
AMIIINNN..

No comments:

Post a Comment